nenoneno ;)

March 1, 2011

cerita HANTU

Kejadian ini berlaku sekitar tahun 2004 di musim tengkujuh. Dan kejadian ini terjadi di sebuah negeri di Pantai Timur, Malaysia.
Pada suatu malam, Ahmad (bukan nama sebenar) dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya. Dia pulang agak lewat waktu itu sekitar jam 12:30 malam. Perjalanan pulang pada malam itu dirasakan Ahmad amatlah jauh. Sedangkan bukan malam itu sahaja dia sering pulang lewat. Sudah berpuluh-puluh kali dia melalui jalan tersebut. Jalan yang perlu ditempuh oleh Ahmad adalah kawasan hutan yang belum diterokai oleh manusia lagi.
Hendak dipendekkan cerita, sedang Ahmad memandu kereta untuk pulang ke rumahnya. Ahmad ternampak satu lembaga seperti seorang lelaki tua yang sedang berjalan di dalam hujan yang terlalu lebat. Terdetik dihati Ahmad untuk menolong pakcik tersebut. lalu diberhentikan keretanya..

Ahmad : Pak cik.Kenapa jalan dalam hujan ni? Tak sejuk ke?

Pak cik : Pak cik tertinggal bas nak. Jadi pak cik jalan kaki balik rumah.

Ahmad : Rumah pak cik dekat mana?

Pak cik : Jauh nak. Rumah pak cik dekat dengan bandar sana tu.

Ahmad pun terfikir. Bandar tersebut dia akan lalu untuk balik ke rumahnya.

Ahmad : Naiklah pak cik.Saya pun lalu jalan tu. Saya tumpangkan pak cik.

Pak cik : Terima Kasih nak.

Sedang Ahmad dan pak cik tersebut berada di dalam kereta. Tiba- tiba Ahmad terhidu sesuatu yang amat BUSUK. Jantung Ahmad seakan hampir luruh.terfikirkan pak cik yang baru ditumpangkannya tadi..Tiba-tiba..

Pak cik : Ehem..maaf nak.pak cik tak tahan tadi. jadi pak cik
terkentut.....

p/s:ahaha.wat suspen tol pakcik nie.sumber sini dan sini

4 comments:

Nurliyana Md Noor said...

scarbeto citer kau al.. tak tido malam aku deh..ahaha..

ikiketetel said...

ahaha.yana kau hati hati sket.kau skg dah tido dorg2.HAHA.kalau ade bau tu, bawak2 la mngucap.muahaha.

akubersamaCahya said...

cettt.. suspende jek..

ikiketetel said...

ahahaha.sengal kan orang tua tu.kalau nak kentut tu bg la tau. nie ta, buat orang takut je.HAHA